Halaman

Jumaat, 30 Oktober 2009

Resepi Sayuran

 KERABU MANGGA


Bahan-bahan :
1 biji mangga muda ( hiris halus)
1 btg serai (hiris)
1 biji limau nipis
4 biji cili api (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
2 sudu badam (tumbuk kasar)
1 1/2 sudu besar nam pla
1 sudu besar gula
2 sudu udang kering (tumbuk kasar)

Cara-cara :  gaul semua bahan dan sedia untuk di hidang






Bahan-bahannya :-

  • Cendawan (sebaiknya yg kembang)
  • telur
  • tepung gorengan
  • minyak
  • sos ikan atau garam sbg perisa

Cara-caranya :-

  • cuci cendawan, toskan kemudian gaulkan cendawan dengan sos ikan atau garam
  • pecahkan telur, gaulkan dengan cendawan
  • kemudian sadurkan cendawan dengan tepung gorengan
  • goreng hingga garing, angkat dan toskan
  • siap utk dihidang
  • makan masa panas bersama nasi atau begitu saja

Sambal Goreng Jawa
Bahan-bahan utk tumisan :-
  • Bawang merah - 4-5 biji (dihiris)
  • Bawang putih  -  3-4 biji (dihiris)
  • Cili hidup @ kalau nak pedas cili api (dihiris)
  • Udang kering (rendam)
  • Sedikit halia (hiris halus)
  • sedikit minyak masak utk menumis
Bahan-bahan sayuran :-
  • Tempe
  • Tauhu
  • Kentang
  • Taugeh kasar
  • Petai (kalau suker)
  • Soon dan fucuk 
  • Daun sup
  • Cendawan Telinga tikus (kalau suker)
  • Santan - 1 cawan
  • garam dan perasa
  • Kicap manis
  1.  Semua bahan sayur tadi dihiris sederhana tipis dan digoreng separa garing. 
  2. Tumis bahan tumisan hingga naik bau
  3. Masukkan taugeh kasar dan goreng hingga layu
  4. Masukkan santan dan kicap
  5. Kemudian masukkan semua bahan gorengan tadi, garam dan perasa  dan masak hingga agak kering.
  6. masukkan soon dan fucuk. Masak sekejap dan tutup api.  Sedia dihidangkan bersama nasi, ketupat atau makan begitu saja.




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Catat Ulasan