Halaman

Ahad, 23 Ogos 2009

Resepi Kentang

Kentang Putar
300 gm kentang - kulit merah lebih gebu
1 camca besar mentega
2-3 camca besar susu segar
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara :-
  • rebus kentang hingga empuk. Tambahkan sedikit garam- kupas kulit dan lecek hingga hancur.
  • masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin
  • Tambahkan garam dan lada sulah.
  • hidangkan bersama sosnya.

Sos Kentang Putar
600 ml air rebusan ayam/daging
1 btg saderi, dicincang halus
1 labu bawang besar (spanish-putih)- dicincang halus
40 gm mentega
40 gm tepung gandum
1 camca besar tomato sos
1 camca besar sos tiram
beberapa titik kicap hitam (utk warna)
garam dan serbuk lada hitam

Cara2 nya :-

  • Jerang air rebusan dgn saderi & bawang hingga mendidih-perlahankan api dan renehkan 15 minit. Tapiskan ke dalam mangkuk. Ambil airnya.
  • Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung gandum dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pd tepi periuk.
  • masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel.
  • Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renehkan hingga pekat.
  • Tambahkan kicap pekat agar sos kecoklatan
  • Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  • Tuang keatas kentang putar dan nikmatinya seperti anda di KC

Cheesy Wedges
4 biji kentang- direbus dgn kulit
4-5 camca besar tepung goreng ayam
1 camca serbuk cili / lada sulah
1 sudu besar minyak utk menggoreng

Cara:-

  • Potong berbaji kentang tanpa kupas kulitnya- rebus hingga empuk dgn menambahkan sedikit garam- angkat dan toskan.
  • Gaulkan kentang dengan tepung gorengan dan lada.
  • goreng hingga keemasan. Sebelum sepenuhnya keemasan, angkat sebentar dan biarkan minyak panas semula selama 1 minit kemudian goreng semula. Ia bagi menjadikan kentang lebih rangup dan cair di dalam.
  • hidangkan bersama sos keju.

Sos Keju Mustard

2 camca besar mentega
2 camca besar tepung gandum
1/4 camca kecil garam
sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju cheddar- diparut (cheesdale + mozarella)
1/2 camca kecil mustard
sedikit bawang putih- blended

Cara :-

  • Cairkan mentega dgn api perlahan
  • masukkan tepung dan kacau 1 minit
  • Bubuh garam dan serbuk lada sulah
  • Tuangkan susu perlahan2
  • kacau atas api perlahan hingga sos pekat
  • Masukkan keju, mustard dan bawang putih
  • kacau selalu hingga keju cair- jgn sampai mendidih
  • angkat dan hidangkan bersama wedges anda.

3 ulasan:

  1. boleh saya tau tak camne rupa wedges yg da siap? saya ada cuba2 jgk buat tp mcm kelakar pula. sedap agknya guna tepung goreng ayam tu ye...

    BalasPadam
  2. Mcm kat KFC tu la...kalau nak pedas, campur sikit serbuk kari...ermmm ...power!

    BalasPadam
  3. yer, mcm wedges kat KFC...guna petua menggoreng tu, mmg menjadi...

    BalasPadam